Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Dua gambar ini ialah lukisan yang baru dilukis. Saya masih ingat pada suatu malam di Jepun ketika kami baru berpindah ke rumah baharu, kami nampak bulan mengambang di angkasa tanpa awan di sekelilingnya, hanya dikelilingi oleh halo, memang macam itu. Kami semua nampaknya. Benar-benar ada halo yang mengelilingi bulan. Mereka cuba rakamkannya dalam video dan foto tetapi gagal. Dengan tiadanya cara lain, saya segera melukis gambarnya.
Sebagai seorang guru spiritual dan artis yang terkenal di dunia, Mahaguru Ching Hai (vegan) teguhkan keimanan kita bukan sahaja melalui bimbingan spiritual tetapi juga melalui karya seni yang luar biasa. Hari ini, kita akan berjalan melalui Galeri Seni Syurga yang dicipta oleh Mahaguru Ching Hai (vegan). Karya seni Guru mewakili kecantikan dari Syurga sepenuhnya, membawa berkat ke dunia ini.Q: Satu lagi kejadian ganjil ialah sebilangan saudara seguru pergi ke sana sini dan ambil gambar kawasan pameran yang ada karya seni Guru. Dalam kalangan mereka ialah saudara yang ambil beberapa gambar dan tunjukkannya kepada saya. Di tepi lukisan terdapat cahaya putih yang ada rupa susuk tubuh manusia yang kelihatan macam pengawal dharma atau… Pada hari itu, banyak gambar yg diambil dedahkan imej pengawal dharma berpakaian putih yang berdiri di sebelah boneka pakaian.Lukisan agung ialah khazanah yang dihargai di dunia. Setiap coretan berus merakamkan sejarah, budaya, ekspresi dan malah berkat, memperkaya pengalaman masa lalu, masa sekarang dan masa depan orang tanpa mengalaminya secara fizikal. Lukisan-lukisan Mahaguru Ching Hai (vegan) adalah unik. Ia menemani kita di jalan spiritual pulang ke Rumah Syurga roh kita, memperkaya pemahaman kita tentang pelbagai aspek dunia ini dan alam di luar dunia ini serta menyuburkan roh kita dengan limpahan berkat.Hari ini, kita akan nikmati ‘Waktu Tenang’ sementara kita menerokai koleksi lukisan yang meraikan keindahan malam itu. Di bawah cahaya bulan yang terang, kita hayati ‘Pemandangan Malam Gunung Yang Ming’ yang indah melalui mata bermakrifat – dan perjalanan ke dalam ‘Era Baharu’ galaksi.VO: Pada suatu malam selepas Mahaguru Ching Hai tiba di Jepun, Beliau dapati bulan separuh di angkasa dikelilingi oleh lingkaran cahaya yang besar. Guru berkata, “Saya tak pernah lihat lingkaran cahaya yang besar seperti ini sebelumnya. Cepat! Mari kita buat rakaman video.” Tetapi baik video mahupun kamera biasa tidak dapat hasilkan semula kesan yang sama, jadi Guru memutuskan bahawa Beliau perlu melukisnya. Dalam masa tiga puluh minit, lukisan pastel yang merakamkan detik yang jarang ini disiapkan. Latar belakang hijau kebiru-biruannya mewakili langit malam. Bulan keemasan dan bintang berkelipan yang berselerakan dikelilingi oleh lingkaran cahaya yang begitu besar sehingga tidak muat ke dalam gambar.Bulan pancarkan cahaya kuning lembut, seperti lemon yang telah masak, berlatarbelakangkan angkasa. Halo kuning mudanya seperti riak yang berkelip-kelip, tersebar dan merangkul bintang yang berkelipan. Apa yang menarik, bintang-bintang di luar halo yang cantik ini nampaknya tersenyum dan bergerak ke arah Bulan. Coretan pastel lembut menari-nari di seluruh lukisan ini, mewujudkan dialog yang anggun antara bulan dan langit. Bintang ini malah dilukis garis bentuk dengan pastel merah, mewujudkan rasa mesra. Ini membuat angkasa malam terasa penuh dengan kasih sayang dan bukan kesepian. Ini memang karya seni yang lembut, damai.Kita kekurangan kata-kata untuk menzahirkan rasa terima kasih. Seni lukis yang sebenar dapat merakamkan masa dan ruang serta bawanya kepada pemerhati untuk keseronokan dan ketenangan.Sekarang mari kita beralih kepada kisah peribadi daripada Yi-Ping di China.Saya berterima kasih kepada Supreme Master TV kerana menyiarkan rancangan yang baik dan menyampaikan mesej positif setiap hari. Sejak mengenali dan mengikut Guru, saya sangat banyak dilindungi secara nampak dan tak nampak. Lukisan dan lampu Guru telah menarik dan menyentuh saya secara mendalam dengan karisma seni yang megah dan bersahaja! Ciptaan Guru bukan sahaja karya seni yang mengagumkan dunia, tetapi juga wadah ajaib yang bantu menguruskan kehidupan, menenangkan setiap jiwa dan membantu dalam amalan spiritual. Saya ingin berkongsi sebuah kisah pendek di sini:Apabila bapa saya meninggal dunia, saya dan ibu saya sangat dukacita. Saya terganggu oleh mimpi yang bukan-bukan setiap malam. Ibu saya sering alami angina pektoris dan muntah selepas tengah malam. Saya dan ibu saya hidup susah dengan kesakitan fizikal dan mental setiap hari. Tiada penawar dan tiada doktor yang dapat bantu kami. Di bawah kebingungan dan kesusahan sebegini, saya ternampak lukisan Guru ‘Waktu Tenang’ dalam Majalah Berita Mahaguru Ching Hai. Ia segera memukau saya. Lukisan ini menggambarkan Bulan dan bintang bersinar bersama-sama untuk membentuk gambaran yang cantik. Bulan separuh yang ada aura diiringi oleh kumpulan bintang yang kelihatan berjauhan tetapi terang. Pemandangan awang-awangan cerita pari-pari ini ditonjolkan oleh warna lembut dan cerah yang berikan komposisi rupa yang hidup dan padat. Saya segera memesan lukisan ini. Apabila ia digantung pada dinding di atas kepala katil, saya mula berasa damai dan tenang. Apa yang lebih tidak dijangkakan ialah mimpi saya yang mengganggu hilang sejak hari itu dan angina yang dialami oleh ibu saya pada waktu malam berhenti berlaku dengan ajaibnya. Sebuah lukisan telah bawa keajaiban yg sukar dipercayai kpd saya dan ibu saya Saya dan ibu saya telah alami ‘Waktu Tenang’ dalam hidup nyata – ‘Waktu Tenang’ sebenar! Pada waktu kami letih lesu dari segi fizikal dan mental, Guru berikan perlindungan dan Berkat yang tepat pada masanya kepada kami. Saya begitu tersentuh dari segi emosi sehingga tidak tahu bagaimana ucapkan terima kasih kepada Guru. Tiada bahasa duniawi yang dapat zahirkan rasa terima kasih saya. Saya hanya boleh berharap agar semua pelindung Syurga sentiasa melindungi Guru supaya Guru boleh kekal ceria dan tenang. Semoga badan Suci Guru selamat dan sihat. Saya berdoa agar manusia sedar untuk merealisasikan dunia vegan dengan serta-merta. Semua makhluk hidup akan berada dalam Berkat Buddha dan berkongsi kegembiraan Dharma. Yi-Ping dari ChinaPengalaman yang begitu mengharukan. Bercakap tentang pengalaman yang beri ilham, seterusnya biar kami kongsi sebuah kisah ilham dari Batjargal di Mongolia yang ada pengalaman istimewa dengan ‘Waktu Tenang’.Halo, Guru yang paling dikasihi, Guru telah datang kepada saya dan tunjukkan bagaimana Alam Semesta ini tercipta. Kemudiannya apabila saya lihat lukisan Guru ‘Waktu Tenang’, maksudnya berikan kesedaran yang sama dengan pengalaman dalaman yang didedahkan, iaitu apabila dunia kita dicipta melalui 12 penghubung pengasalan bergantungan oleh Pencipta, ia terdiri daripada tiga alam kesedaran cerdas yang berlainan. Pertama: alam kekosongan yang bebas daripada balasan karma melalui hukum pengasalan bergantungan; kedua: alam spiritual di mana hukum karma seperti ‘apa yang kita semaikan, itulah yang akan kita dapat’ dikuatkuasakan; ketiga: dunia fizikal yang mengikut hukum alam, yang kuat memenangi yang lemah. Saya lihat bagaimana Bumi yang terdiri daripada lima elemen, iaitu nombor fizikal, bentuk, perbuatan, bunyi dan cahaya dicipta, dan di Bumi kita, dunia lapan tahap kesedaran wujud. Manusia mampu menyedari hukum dunia cerdas melalui jalan lapan era perkembangan sedar, daripada kesedaran jahil, gelap kepada era makrifat sempurna dengan halaju satu juta cahaya kesedaran spiritual. […] Batjargal dari MongoliaSekarang mari kita melangkah ke dalam berkat firdausi Era Baharu.VO: Ini lukisan abstrak yang sangat cantik, mempunyai komposisi yang sangat baik dan pelukisan yang mahir.Lukisan bertemakan warna biru ini pada asalnya ialah percubaan untuk melukis pemandangan malam tetapi akhirnya berubah menjadi sesuatu yang berbeza dan unik. Seorang pengutus Quan Yin yang berdiri berdekatan cadangkan agar Guru tambahkan UFO dari angkasa lepas dan Mahaguru Ching Hai buat begitu. Dengan itu, sebuah lukisan yang merelakskan dan anggun terhasil.Master: Dua gambar ini ialah lukisan yang baru dilukis. Saya masih ingat pada suatu malam di Jepun ketika kami baru berpindah ke rumah baharu, kami nampak bulan mengambang di angkasa tanpa awan di sekelilingnya, hanya dikelilingi oleh halo, memang macam itu. Kami semua nampaknya. Benar-benar ada halo yang mengelilingi bulan. Mereka cuba rakamkannya dalam video dan foto tetapi gagal. Dengan tiadanya cara lain, saya segera melukis gambarnya.Sekarang mari kita alihkan perhatian kepada satu lagi karya seni, ‘Pemandangan Malam Gunung Yang Ming’.VO: Pada suatu senja, semasa bersuluk di Gunung Yang Ming, Formosa, Mahaguru Ching Hai diilhami oleh senja yang tiba dan melukis gambar ini. Matahari yang terbenam dlm gambar ini pancarkan alur cahaya yg silaukan mata, menerangi langit yang luas sementara ia terbenam di sebalik puncak bukit di sebelah sana. Kabus gelap, tebal muncul dari bandar berpenduduk padat. Titik-titik bersinar seperti bintang itu ialah lampu rumah.Di depan kediaman-Nya di Gunung Yang Ming, artis itu merenung. Matahari telah terbenam di sebalik gunung dan malam telah tiba di bumi. Yang berlatarbelakangkan kabus gelap ialah pemandangan bandar yang bertatahkan bintang, bersinaran terang yang mewakili cahaya spiritual yang menerangi seluruh Syurga.Penggunaan warna lukisan minyak ini adalah tiada bandingannya dalam kecantikan dan ilham kerana lampu putih, kuning, oren dan merah hampir menggambarkan ciri matahari dengan sempurna dengan setiap coretan. Bukit-bukit hitam pun diwakili dengan gunakan ton-ton warna hitam yang berlainan, kelabu tua dan kelabu muda untuk menunjukkan turun naik landskap dan tahap kelipan lampu-lampu bandar. Ilustrasi warna yang berkesan ini tunjukkan kepekaan Guru yang luar biasa terhadap cahaya dan warna serta keupayaan mengekspresi yang tinggi.Sekarang mari kita baca perkongsian daripada Chiu-Yen di Taiwan.Halo, Guru yang dihormati dan dikasihi, Pada hari sebelum Perayaan Kuih Bulan, saya dan suami saya yang telah diinisiasi berjalan di sepanjang Sungai Tamsui. Apabila kami mendongak ke angkasa, sinar cahaya yang terpancar dari matahari terbenam dan lapisan warnanya menyilaukan mata seperti pelangi! Itu kali pertama kami nampak pemandangan yang begitu jarang, mengagumkan dan indah. Rasa damai dan tenang muncul dalam hati kami. Pada keesokan harinya pada waktu senja, ketika kami memandang ke arah Gunung Guan Yin dari balkoni kami, cahaya berwarna-warni memancar sekali lagi dari tepi muka Guan Yin di langit. Alur cahaya biru, jingga dan keemasan saling melengkapi seperti Cahaya Suci. Suami saya berkata, “Ia kelihatan macam lukisan Guru, ‘Pemandangan Malam Gunung Yang Ming!’” Selepas bandingkannya, kami dapati bahawa semua warna, lebar dan nisbah matahari terbenam itu sangat mirip dengan apa yang terdapat dalam lukisan Guru pada masa dahulu. Pemandangan di depan mata kami adalah seperti replika ‘Pemandangan Malam Gunung Yang Ming’!Saya rasa Guru pasti telah nampak cahaya matahari terbenam yang menakjubkan pada masa itu, jadi Beliau rakamkan detik yang mengagumkan itu dengan berus cat-Nya untuk dikongsi dengan dunia. Dapat melihat pemandangan yang dilihat oleh Guru dengan mata sendiri adalah seperti berjalan di jalan yang dilalui oleh Guru dahulu. Saya amat berterima kasih atas galakan dan ilham Guru. […] Dengan hormatnya, Chiu-Yen, seorang anak murid dari Taiwan (Formosa)Pengalaman ini ingatkan kita bahawa apabila hati kita bergema dengan seni, mungkin kita menemui bentuk-bentuk kecantikan yang berlainan dlm kehidupan harian kita.










